Cara Mengesahkan Akaun Anda di Headway
Pengesahan akaun adalah langkah penting dalam laluan perdagangan anda. Semua orang perlu menjalani pengesahan jika mereka ingin mengeluarkan keuntungan perdagangan mereka. Mari kita lihat perkara yang perlu anda lakukan jika anda ingin mendapat pengesahan di Headway.
Apakah pengesahan akaun?
Pengesahan akaun adalah langkah penting yang membantu kami mengesahkan identiti klien kami untuk memastikan keselamatan akaun mereka. Ini turut mencegah klien yang tidak bermoral daripada menggunakan identiti orang lain dan melakukan penipuan kewangan.
Kami faham bahawa anda ingin memulakan perdagangan secepat mungkin. Itulah sebabnya tempoh penyerahan permintaan untuk tujuan pengesahan hanya mengambil masa 1 minit. Dan ini membantu kami melindungi anda dan pelanggan lain daripada penipu berpotensi.
Harap maklum bahawa Jika anda sudah mempunyai akaun NOVA yang disahkan, anda tidak perlu mengesahkan akaun Headway anda dan begitu juga sebaliknya.
Dokumen untuk pengesahan
Untuk mengesahkan akaun anda, anda perlu pergi ke Ruang Peribadi anda dan klik Sahkan akaun anda dalam tab Aktiviti. Anda juga boleh berbuat demikian dengan pergi ke Profil anda dan mengklik Sahkan sekarang di bawah nama anda.
Seterusnya, anda perlu mengisi maklumat peribadi anda dalam permintaan pengesahan anda.
Setelah anda selesai, anda perlu memuat naik foto berkualiti tinggi atau imbasan dokumen anda (pasport atau ID kerajaan) untuk melengkapkan pengesahan. Imej mestilah jelas dan memenuhi syarat yang berikut:
- Tunjukkan nama penuh anda,
- Tunjukkan foto anda,
- Tunjukkan tarikh lahir anda,
- Tunjukkan nombor dokumen,
- Sahkan bahawa anda berumur 18 tahun atau lebih,
- Tunjukkan bahawa dokumen dikeluarkan oleh kerajaan,
- Jelas dan berkualiti tinggi,
- Sah (sekurang-kurangnya satu bulan sah laku) dan belum tamat tempoh,
- Sertakan kedua-dua belah dokumen (jika sesetengah maklumat, seperti tarikh lahir anda, dinyatakan di belakang dokumen anda),
- Termasuk keempat-empat sisi dokumen.
Di manakah saya boleh menyemak status pengesahan saya?
Anda boleh menyemak status pengesahan semasa anda di Ruang Peribadi anda. Klik pada ikon pengguna anda di sudut kanan bahagian atas skrin untuk pergi ke halaman Profil anda. Anda akan melihat status pengesahan anda di bawah nama anda. Anda juga akan menerima pemberitahuan melalui emel mengenai perubahan status anda daripada pasukan kami.
Mengapakah saya perlu memohon pengesahan semula?
Jika anda menerima e-mel yang menyatakan bahawa pengesahan anda ditolak, anda perlu memohon pengesahan sekali lagi. Kebiasaannya, sama ada anda membuat kesilapan semasa mengisi maklumat peribadi anda atau terdapat isu berkenaan dengan fail yang anda muat naik.
Berikut adalah beberapa sebab penolakan pengesahan yang paling lazim:
Jenis | Sebab penolakan | Cara membetulkan masalah ini |
Kualiti foto/imbasan | 1. Kualiti imej yang tidak bagus 2. Imej yang telah disunting 3. Sudut dokumen tidak kelihatan | Sila ambil semula gambar dokumen anda dan memastikan gambar itu berkualiti tinggi dan semua maklumat jelas dan dapat dikenal pasti. Elakkan daripada menyunting foto dan pastikan semua sudut dokumen kelihatan. Jika perlu, pilih format yang berbeza untuk dokumen tersebut. Muat naik semula foto. |
Isu berkenaan dengan dokumen | 1. Maklumat yang dikehendaki tidak mencukupi 2. Tamat tempoh/tidak sah 3. Rosak | Sila pastikan semua dokumen yang diperlukan telah dimuat naik untuk tujuan pengesahan. Semak keperluan dengan teliti kerana sesetengah dokumen mungkin kekurangan maklumat yang diperlukan. Sebagai contoh, jika kad pengenalan kerajaan anda tidak mempunyai tarikh lahir anda, muat naik dokumen tambahan yang mengandungi maklumat ini (cth. sijil kelahiran anda). Selain itu, jika dokumen yang dimuat naik tamat tempoh, tidak sah, atau rosak, gantikan dengan dokumen yang sah dan tidak rosak. |
Isu berkenaan dengan maklumat yang diberikan | 1. Tiada halaman 2. Tiada nama penuh, tarikh lahir dan/atau nombor dokumen 3. Tiada foto pemilik yang boleh dikenali 4. Negara/daerah berbeza daripada tempat pendaftaran profil anda 5. Umur anda kurang daripada 18 tahun | Sila pastikan dokumen yang dimuat naik semula mengandungi muka depan dan belakang, bersama dengan semua maklumat yang diperlukan seperti nama penuh, tarikh lahir, nombor dokumen dan foto yang boleh mengenal pasti wajah pemilik. Selain itu, pastikan dokumen itu berasal dari negara atau rantau yang betul, iaitu di tempat profil anda didaftarkan. Harap maklum bahawa sebarang keputusan kewangan memerlukan pengalaman dan kematangan. Bagi memastikan keselamatan golongan muda, kami tidak membenarkan individu yang berumur bawah 18 tahun menggunakan platform kami. |
Cara mengesahkan kad bank anda
Selepas pengesahan akaun selesai, anda boleh mula membayar deposit. Walau bagaimanapun, jika anda bercadang untuk membuat pengeluaran dengan kad bank, anda perlu membuat pengesahan. Pengesahan kad bank anda adalah penting untuk memastikan bahawa tiada sesiapa yang boleh mengeluarkan wang anda dan kad yang anda gunakan tidak dicuri.
Pergi ke bahagian Wang dalam Ruang Peribadi anda. Seterusnya, anda perlu melampirkan gambar kad anda dalam tab Kad Saya. Ini akan muncul selepas anda berjaya membayar deposit menggunakan kad anda.
Foto mesti menunjukkan 6 digit pertama dan 4 digit terakhir kad anda. Anda juga perlu melampirkan gambar bahagian belakang kad anda dengan kod CVV yang tersembunyi.
Prosedur penting ini membolehkan kami mengetahui bahawa wang yang anda keluarkan benar-benar masuk ke dalam akaun bank anda.
Sahkan akaun Headway anda sekarang
Jika anda masih belum berbuat demikian, hantar permintaan pengesahan. Ini akan memakan masa beberapa minit dan kemudian anda akan membuka sepenuhnya potensi Headway. Mula sekarang →
Sekiranya anda ada sebarang soalan, hubungi pasukan Keprihatinan Pelanggan kami menerusi care@hw.site, dalam aplikasi, atau sembang langsung di laman web.