Analisis Asas: Kitaran dan Penunjuk Ekonomi

Adam Lienhard
Adam
Lienhard
Analisis Asas: Kitaran dan Penunjuk Ekonomi

Untuk memahami keadaan ekonomi sesebuah negara, analisis asas mengkaji pelbagai faktor. Ini termasuk pertumbuhan ekonomi, kadar inflasi, kadar faedah, daya pengeluaran perindustrian, kadar pengangguran, kestabilan politik, serta kenyataan daripada pengurus bank pusat seperti Jerome Powell (Rizab Persekutuan, AS) dan Christine Lagarde (Bank Pusat Eropah, EU). Analisis ini bergantung pada penunjuk ekonomi, statistik dan tinjauan yang ditemui dalam kalendar Ekonomi.

Adalah penting untuk mempertimbangkan kesemua faktor ini kerana ekonomi boleh berkembang dalam satu sektor, sekali gus mengalami kemerosotan dalam sektor lain. Dengan mengkaji faktor-faktor ini, kita mampu memperoleh pemahaman yang menyeluruh tentang situasi dan kedudukan ekonomi dalam peringkat kitaran ekonomi.

Apakah kitaran ekonomi?

Kitaran ekonomi merupakan sebahagian daripada kebangkitan dan kejatuhan keadaan ekonomi, yang merangkumi lima peringkat:

Kemelesetan. Tempoh ini mengakibatkan kemerosotan pertumbuhan ekonomi, peningkatan pengangguran, serta pengurangan perbelanjaan dan pelaburan.

Pemulihan. Ini adalah peringkat ketika ekonomi mula stabil dan kembali kepada kadar pertumbuhan normal yang diiringi dengan peningkatan dari segi perbelanjaan, pelaburan dan pekerjaan.

Pengembangan. Semasa peringkat pengembangan, terdapat peningkatan yang ketara dalam pertumbuhan ekonomi, yang membawa kepada lonjakan dari segi perbelanjaan, pelaburan dan kadar pekerjaan, akhirnya mencapai tahap tertinggi.

Puncak. Peringkat puncak menandakan fasa terakhir kitaran pertumbuhan ekonomi apabila ekonomi mengalami tahap pertumbuhan, perbelanjaan dan pelaburan yang tertinggi. Biasanya, ini disertai dengan kenaikan mendadak dalam kadar faedah dan pengetatan dasar monetari.

Kemerosotan. Kemelesetan adalah fasa ketika ekonomi mengalami penurunan dalam pertumbuhan, peningkatan dalam kadar pengangguran, serta penyusutan dalam perbelanjaan dan pelaburan.

Dan kitaran bermula semula…

Peringkat ekonomi dikenal pasti melalui pelbagai penunjuk, termasuk kadar pertumbuhan ekonomi, kadar pengangguran, kadar perbelanjaan dan pelaburan, serta kadar faedah.

Peringkat ini berlaku secara kerap dalam semua ekonomi global dan dianalisis untuk memaklumkan tentang pengurusan kewangan dan keputusan pelaburan yang bijak.

Penunjuk ekonomi yang paling penting

Terdapat pelbagai cara untuk mengelaskan penunjuk ekonomi. Kami akan membincangkan enam kumpulan penunjuk yang perlu anda perhatikan.

Penunjuk Imbangan Pembayaran. Penunjuk ini mengukur jumlah urus niaga perdagangan dan pelaburan dengan negara lain. Contohnya adalah Imbangan Perdagangan.

Penunjuk Pengeluaran. Penunjuk ini mengukur keseluruhan tahap pengeluaran di sesebuah negara.

Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) adalah contoh penting. KDNK mengira jumlah nilai barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan di dalam sempadan sesebuah negara dalam tempoh tertentu. Ukuran ini membantu untuk memahami saiz dan pertumbuhan ekonomi.

Penunjuk Pengeluaran lain termasuk Indeks Pengeluaran Perindustrian dan Indeks Pengeluaran Perkilangan.

Kerajaan, pelabur dan peserta pasaran menggunakan Penunjuk Pengeluaran, seperti KDNK, untuk menentukan saiz ekonomi serta meramalkan pertumbuhan masa depan dan arah aliran pelaburan.

Penunjuk keyakinan dan sentimen. Penunjuk ini digunakan untuk mengukur tahap keyakinan, sikap optimis, mahupun pesimisme dalam kalangan kumpulan berbeza yang membentuk ekonomi.

Contoh penunjuk ini termasuk Keyakinan Pengguna, Indeks Iklim Perniagaan Ifo, Indeks Sentimen Pengguna Universiti Michigan dan Penunjuk Sentimen Ekonomi ZEW.

Penunjuk ini adalah berdasarkan tinjauan yang dijalankan dalam kalangan syarikat, pengguna dan pelabur. Tinjauan itu kemudiannya diterjemahkan ke dalam penunjuk yang menyatakan perasaan dan keyakinan terhadap situasi ekonomi semasa dan akan datang.

Dengan menganalisis penunjuk ini, individu boleh membuat keputusan kewangan dan pelaburan yang sewajarnya serta meramalkan arah aliran ekonomi masa hadapan. Lazimnya, peningkatan dalam penunjuk keyakinan menunjukkan sikap optimis tentang situasi ekonomi masa hadapan, manakala penurunan dalam penunjuk tersebut mencerminkan sikap pesimisme dan kurang keyakinan terhadap situasi ekonomi masa hadapan.

Penunjuk inflasi. Tahap inflasi dalam ekonomi diukur melalui pelbagai penunjuk seperti harga, upah dan jualan.

Satu penunjuk yang biasa digunakan ialah Indeks Harga Pengguna (CPI), yang mengira perubahan harga barangan dan perkhidmatan yang kerap dibeli oleh pengguna, termasuk makanan, sewa, pakaian, pengangkutan, serta penjagaan kesihatan. Indeks ini memberikan pemahaman tentang kadar serta kesan inflasi terhadap ekonomi dan pengguna.

Penunjuk penting lain termasuk Indeks Upah dan Indeks Jualan Runcit. Penunjuk ini membantu memahami saiz upah dan jualan dalam ekonomi serta mengenal pasti perubahan yang mampu menjejaskan penggunaan dan inflasi. Penunjuk ini penting untuk kerajaan, pelabur dan peserta pasaran kerana dapat membantu dalam membuat keputusan kewangan dan pelaburan yang berdasarkan maklumat.

Penunjuk perumahan. Penunjuk utama merangkumi:

  1. Jualan Rumah Baharu: Tolok ini menggambarkan kadar jualan bulanan bagi rumah yang baru dibina di Amerika Syarikat.
  2. Permit Bangunan: Metrik ini menunjukkan bilangan permit yang dikeluarkan setiap bulan untuk pembinaan bangunan di Amerika Syarikat.
  3. Jualan Rumah Sedia Ada: Penunjuk ini memaparkan kadar jualan bulanan bagi rumah yang baru dibina di Amerika Syarikat.

Laporan mengenai dasar fiskal dan kadar faedah. Ini adalah penunjuk penting yang mencerminkan tindakan yang diambil oleh bank pusat untuk menangani pelbagai keadaan ekonomi. Laporan ini merangkumi dasar monetari dan rangsangan, serta kadar faedah, yang bertujuan untuk merangsang ekonomi dan mencapai kestabilan kewangan. Contoh laporan sedemikian termasuk yang dikeluarkan oleh bank pusat dan Rizab Persekutuan AS.

Pergerakan bank pusat dan dasar fiskal menjejaskan pasaran kewangan, kerana turun naik dalam kadar faedah mampu memberi kesan kepada kos pinjaman dan pelaburan, serta inflasi. Penunjuk ini boleh membantu individu memahami hala tuju bank pusat dan meramalkan kesan pergerakan ini ke atas ekonomi dan pasaran kewangan.

Secara keseluruhannya, laporan tentang dasar kewangan dan kadar faedah adalah penunjuk penting bagi kerajaan, pelabur dan peniaga pasaran kewangan.

Pergi ke kalendar ekonomi Headway dan jadilah orang pertama yang mengetahui tentang data ekonomi baharu.