Log masuk

Emas dan Dolar AS: Korelasi dan Strategi

Adam Lienhard
Adam
Lienhard
Emas dan Dolar AS: Korelasi dan Strategi

Dolar AS dan emas mempunyai hubungan songsang yang berakar umbi dalam sejarah. Hal ini terutamanya disebabkan oleh pengiktirafan global terhadap dolar AS sebagai mata wang rizab. Apabila dolar AS melemah, emas biasanya akan meningkat dan apabila dolar AS mengukuh, emas cenderung menurun. Dalam artikel ini, kami membincangkan korelasi antara emas dengan dolar AS untuk membantu anda mendagangkan aset ini dengan baik.

Korelasi USD LWN emas

Hubungan songsang antara emas dengan dolar AS dipengaruhi oleh beberapa faktor. Antaranya adalah:

Permintaan untuk aset lindungan. Semasa tempoh ketidakstabilan ekonomi atau politik, pelabur beralih kepada emas sebagai aset lindungan. Ini menjadikan permintaan terhadap emas bertambah dan meningkatkan harganya. Arah aliran ini mengurangkan minat terhadap dolar AS sebagai mata wang selamat, akhirnya menyebabkan prestasi mata wang melemah.

Jangkaan inflasi. Apabila pelabur menjangkakan peningkatan dalam inflasi, mereka mungkin akan beralih kepada emas sebagai lindung nilai terhadap kuasa beli dolar AS yang semakin terhakis di tengah-tengah kenaikan harga komoditi.

Dasar kawalan kadar faedah. Apabila bank pusat AS bertindak menurunkan kadar faedah, ini boleh melemahkan dolar AS dan meningkatkan daya tarikan emas sebagai aset dengan pendapatan tetap.

Penawaran dan permintaan emas. Dinamik penawaran dan permintaan mempunyai kesan yang besar terhadap harga emas. Sebagai contoh, jika terdapat peningkatan yang ketara terhadap permintaan emas dalam pasaran global, harga emas mungkin akan meningkat tanpa mengira prestasi dolar. Begitu juga, jika permintaan emas menurun, harganya mungkin menurun walaupun dolar kukuh.

Ketegangan geopolitik. Ketegangan geopolitik global seperti konflik ketenteraan atau pertikaian perdagangan boleh menyebabkan peningkatan permintaan terhadap emas sebagai aset lindungan. Ini akan mendorong kenaikan harganya tanpa mengira prestasi dolar.

Faktor ekonomi global. Perkembangan ekonomi global seperti pertumbuhan ekonomi, kadar pengangguran, inflasi dan dasar bank pusat boleh memberi kesan kepada kekuatan dolar serta prestasi emas. Sebagai contoh, jika berlaku kelembapan ekonomi global, ini mungkin akan memberi kesan negatif kepada kekuatan dolar dan meningkatkan nilai emas.

Perkembangan pasaran saham. Kadangkala, boleh wujud hubungan songsang antara prestasi pasaran saham dengan harga emas. Apabila harga saham menurun dan pasaran mengalami kemerosotan, pelabur mungkin akan beralih kepada emas sebagai aset lindungan, dengan itu mendorong kenaikan harganya. Dalam kes ini, emas mungkin menunjukkan prestasi yang kukuh manakala dolar menurun.

Strategi dagangan untuk digunakan

Jika anda ingin berdagang emas berbanding dolar AS, terdapat beberapa strategi yang boleh anda gunakan. Walau bagaimanapun, sentiasa ingat bahawa strategi terbaik untuk anda bergantung pada objektif, tahap pengalaman dan analisis teknikal pilihan anda.

Strategi persilangan Purata Bergerak. Strategi ini melibatkan analisis terhadap Purata Bergerak untuk menentukan titik masuk dan keluar. Apabila Purata Bergerak jangka pendek (seperti MA 50 hari) melintasi Purata Bergerak jangka panjang (seperti MA 200 hari) dari bawah, ini dianggap sebagai isyarat beli.

Strategi sokongan dan rintangan. Strategi ini adalah tentang mengenal pasti tahap sokongan dan rintangan pada carta emas dan digunakan untuk membuat keputusan perdagangan. Penembusan tahap rintangan yang ketara dianggap sebagai isyarat beli manakala penembusan di bawah tahap sokongan penting dianggap sebagai isyarat jual.

Strategi penunjuk teknikal. Strategi ini bergantung pada penggunaan penunjuk teknikal seperti Indeks Kekuatan Relatif (RSI) atau Perbezaan Penumpuan Purata Bergerak (MACD) untuk mengenal pasti peluang dagangan. Penunjuk ini boleh digunakan untuk mengenal pasti potensi tahap terlebih beli dan terlebih jual serta membimbing keputusan perdagangan.

Strategi corak kaki lilin Jepun. Strategi ini melibatkan analisis terhadap corak kaki lilin Jepun dan digunakan untuk meramalkan arah aliran harga. Corak seperti kaki lilin penyelubungan bulis atau kaki lilin doji boleh digunakan untuk membuat keputusan perdagangan.

Strategi dagangan berita. Strategi ini melibatkan pemantauan peristiwa ekonomi dan politik yang penting serta kesannya ke atas pasaran emas. Berita ini boleh digunakan untuk meramalkan pergerakan harga dan membuat keputusan perdagangan berdasarkan perkembangan baharu.

Sentiasa ingat bahawa amat penting untuk menjalankan analisis yang komprehensif dan mengurus risiko dengan teliti semasa berdagang emas.

Bedagang XAUUSD di Headway sekarang! Daftar di sini →

Ikuti kami di Telegram, Instagram dan Facebook untuk mendapatkan kemas kini Headway dengan segera.