Log masuk

Mengapakah Anda Perlu Menggunakan Penunjuk Dagangan?

Adam Lienhard
Adam
Lienhard
Mengapakah Anda Perlu Menggunakan Penunjuk Dagangan?

Penunjuk boleh menjadi alat yang berguna untuk meningkatkan keuntungan dan mengurus risiko dalam perdagangan. Semuanya kerana penunjuk boleh memberikan pemahaman tentang arah aliran pasaran dan potensi pergerakan harga. Berikut adalah beberapa cara pedagang boleh menggunakan penunjuk untuk mencapai hasil terbaik. Dan anda juga boleh!

Kenal pasti tahap sokongan dan rintangan utama

Penunjuk boleh membantu pedagang mengenal pasti tahap sokongan dan rintangan utama, iaitu tahap yang memungkinkan harga aset menghadapi tekanan belian atau jualan. Dengan mengenal pasti tahap ini, pedagang boleh menetapkan pesanan henti rugi secara berkesan dan mengehadkan potensi kerugian untuk melindungi modal mereka.

Ikut arah alirah

Penunjuk berasaskan arah aliran, seperti Purata Bergerak, boleh membantu pedagang mengenal pasti arah aliran dan potensi titik masuk/keluar. Dengan mengikuti arah aliran, pedagang boleh mengelakkan dagangan terhadap momentum pasaran dan mengurangkan risiko kerugian.

Tentukan pasaran terlebih jual atau terlebih beli

Penunjuk momentum, seperti Indeks Kekuatan Relatif (RSI), dapat membantu pedagang mengenal pasti apabila pasaran terlebih jual atau terlebih beli. Apabila pasaran terlebih jual, ini adalah masa yang tepat untuk membeli, manakala apabila pasaran terlebih beli, ini adalah masa yang tepat untuk menjual. Dengan menggunakan penunjuk momentum dengan alat analisis lain, pedagang boleh membuat keputusan yang lebih termaklum tentang dagangan mereka dan mengurus risiko dengan lebih berkesan.

Anggarkan ketaktentuan pasaran

Penunjuk ketaktentuan, seperti Julat Sebenar Purata (ATR), boleh membantu pedagang mengenal pasti tahap ketaktentuan dalam pasaran. Dengan melaraskan strategi pengurusan risiko mereka berdasarkan tahap ketaktentuan, pedagang boleh mengurus risiko mereka dengan lebih baik dan melindungi diri mereka daripada pergerakan pasaran yang tidak dijangka. Sebagai contoh, apabila tahap ketaktentuan tinggi, pedagang mungkin ingin meluaskan pesanan henti rugi mereka untuk mengelakkan henti keluar akibat pergerakan harga jangka pendek.

Guna berbilang penunjuk sekali gus

Pedagang boleh menggunakan berbilang penunjuk sekali gus untuk mendapatkan gambaran lengkap berkaitan arah aliran pasaran dan potensi pergerakan harga. Dengan menggunakan pelbagai penunjuk, pedagang boleh mengesahkan isyarat dan mengenal pasti potensi risiko secara lebih berkesan, lantas membantu mereka membuat keputusan dagangan yang lebih termaklum. Secara keseluruhan, pedagang boleh menggunakan penunjuk untuk mengenal pasti tahap sokongan dan rintangan utama, mengikuti arah aliran, serta memantau momentum dan ketaktentuan. Sentiasa ingat bahawa penunjuk hanyalah sebuah alat untuk mengurus dagangan anda. Gunakan strategi lain, seperti menetapkan pesanan henti rugi, untuk melindungi modal anda dan berdagang secara produktif.