Apakah Sebut Harga Pasaran?
Sebut harga pasaran ialah harga semasa apabila instrumen kewangan seperti mata wang, saham, indeks dan komoditi dibeli dan dijual di pasaran. Sebut harga ini memberi gambaran tentang nilai pasaran semasa bagi instrumen tertentu, membantu membuat keputusan termaklum.
Mengapakah sebut harga penting?
Semasa memeriksa pasaran, sebut harga akan memberi anda butiran penting seperti harga bida dan tanya, harga terakhir, volum, perubahan, harga tinggi dan rendah, serta masa dan tarikh sebut harga. Sebut harga ini datang daripada pelbagai sumber seperti bursa, institusi kewangan dan platform dagangan dalam talian. Ini menunjukkan dinamik penawaran dan permintaan semasa untuk instrumen tertentu pada masa tertentu.
Sebut harga pasaran dikemas kini dalam masa nyata apabila aktiviti jual beli berlaku di pasaran. Pedagang dan pelabur bergantung pada sebut harga ini untuk menjejaki pergerakan harga, melihat arah aliran, memutuskan masa untuk masuk atau keluar dan menilai keadaan pasaran secara keseluruhan. Sebut harga penting untuk membuat pilihan perdagangan yang termaklum dan memahami nilai semasa instrumen kewangan dalam pasaran.
Unsur-unsur sebut harga pasaran
Untuk membaca sebut harga pasaran, anda perlu memahami maklumat yang dibentangkan dalam format sebut harga atau harga biasa. Sebut harga pasaran biasanya terdiri daripada komponen yang berikut:
Nama instrumen, atau simbol. Simbol mewakili instrumen kewangan khusus yang disebut. Untuk saham, ini biasanya gabungan huruf yang mewakili nama syarikat: cth., #AAPL mewakili Apple Inc. Untuk mata wang, ini adalah gabungan nama mereka: cth., GBPUSD (Paun British dan dolar AS).
Harga bida dan tanya. Harga bida ialah harga tertinggi yang sanggup dibayar oleh pembeli untuk instrumen pada masa tertentu, manakala harga tanya ialah harga terendah yang sanggup diterima oleh penjual. Perbezaan antara harga bida dengan tanya dikenali sebagai spread. Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang perkara ini dalam artikel kami.
Harga terakhir. Harga terakhir merujuk kepada perdagangan terkini yang dilaksanakan untuk instrumen tersebut.
Volum. Volum dagangan menunjukkan jumlah saham atau kontrak yang didagangkan dalam tempoh tertentu. Ini membantu mengukur tahap aktiviti pasaran.
Perubahan. Perubahan mewakili perbezaan antara harga semasa dengan harga penutup hari sebelumnya. Ini boleh dinyatakan dalam istilah mutlak atau sebagai peratusan.
Tinggi dan rendah. Harga tinggi dan rendah mewakili harga tertinggi dan terendah yang dicapai oleh instrumen semasa sesi dagangan tertentu atau tempoh masa tertentu.
Masa dan tarikh. Paparan masa dan tarikh pada kali terakhir sebut harga dikemas kini.
Bagaimanakah cara mengira spread menggunakan sebut harga pasaran?
Untuk menentukan spread antara harga bida dengan tanya, anda perlu melihat pada sebut harga pasaran bagi instrumen kewangan tertentu. Cari harga bida dan tanya untuk instrumen yang anda minati. Ini biasanya dipaparkan sebelah-menyebelah, dengan harga bida di sebelah kiri dan harga tanya di sebelah kanan.
Tolak harga bida daripada harga tanya. Nilai yang terhasil akan memberi anda spread berangka antara harga bida dengan tanya.
Contohnya, jika harga bida ialah $10.00 dan harga tanya ialah $10.10, spread ialah $0.10 (atau 10 sen).
Harap maklum bahawa spread boleh berubah-ubah bergantung pada keadaan pasaran, kecairan dan instrumen kewangan khusus yang didagangkan. Instrumen berkecairan tinggi biasanya mempunyai spread yang lebih kecil, manakala instrumen berkecairan rendah mungkin mempunyai spread yang lebih luas. Spread juga boleh berubah secara dinamik apabila keadaan pasaran mengalami turun naik, jadi adalah penting untuk memantau dalam masa nyata semasa berdagang atau melabur secara aktif.
Ikuti kami di Telegram, Instagram dan Facebook untuk mendapatkan kemas kini Headway dengan segera.