Corak Lanjutan. Segi Tiga

Adam Lienhard
Adam
Lienhard
Corak Lanjutan. Segi Tiga

Corak lanjutan menunjukkan bahawa pergerakan harga ke arah sisi tidak lebih daripada jeda sementara dalam arah aliran harga sedia ada; pergerakan yang akan datang akan berada dalam arah yang sama dengan pembentukan corak. Dalam artikel ini, kita akan bercakap tentang corak lanjutan segi tiga.

Lanjutan LWN pembalikan

Corak lanjutan berbeza daripada corak pembalikan dari segi jangka masa. Corak pembalikan mengambil masa lebih lama untuk terbentuk dan menyebabkan perubahan dalam arah aliran utama. Dari segi lain, corak lanjutan mengambil masa yang lebih singkat untuk terbentuk dan boleh dikelaskan sebagai corak jangka pendek atau sederhana.

Segi tiga dianggap sebagai salah satu corak lanjutan yang paling penting. Terdapat tiga jenis: segi tiga bersimetri, segi tiga menaik dan segi tiga menurun.

Corak segi tiga diselesaikan selepas tempoh tertentu apabila garisan dagangan bertemu pada satu titik di puncak segi tiga. Garisan arah aliran bersilang mewakili sasaran masa dengan mengukur takat lebar corak (jika kelebaran mendatar corak ialah 20 minggu, jangkaan penembusan harga adalah antara 13 dengan 15 minggu).

Sebagai peraturan umum, harga mesti menembusi keluar daripada arah aliran terdahulu pada titik tertentu antara dua pertiga dengan tiga perempat daripada kelebaran mendatar segi tiga. Apabila harga boleh menembusi garisan arah aliran atas bagi segi tiga menaik, ini adalah isyarat untuk menembusi had atas julat dagangan.

Jika arah aliran menaik, garisan yang ditembusi menjadi garisan sokongan, manakala dalam arah aliran menurun, garisan arah aliran bawah menjadi garis rintangan. Salah satu kriteria yang paling penting ialah harga ditutup di belakang garisan arah aliran yang ditembusi dan penembusan berlaku bukan hanya pada siang hari.

Apabila corak segi tiga mengambil masa antara satu hingga tiga bulan untuk terbentuk, ini dianggap sebagai corak jangka sederhana. Tetapi jika corak muncul dalam tempoh kurang daripada sebulan, ini mungkin corak yang berbeza seperti bendera. Asas ini turut digunakan bagi segi tiga pada carta jangka panjang.

Segi tiga bersimetri

Segi tiga ini dibentuk oleh persilangan dua garisan arah aliran pada satu titik, iaitu garisan atas mencerun ke bawah dan garisan bawah mencerun ke atas. Garisan menegak di sebelah kiri mengukur ketinggian corak dan dipanggil tapak segi tiga. Titik apabila dua garisan bersilang di sebelah kanan dipanggil puncak segi tiga.

Sebagai contoh: dalam segi tiga bersimetri menaik, kita dapat menyaksikan cara dua garisan arah aliran bersilang pada satu titik. Garisan menegak di sebelah kiri mewakili tapak segi tiga, manakala titik di sebelah kanan ialah puncak segi tiga.

Untuk memastikan corak ini dapat dibentuk dengan betul, sekurang-kurangnya 4 titik pembalikan diperlukan. Dalam carta di atas, segi tiga bermula pada titik 1, iaitu apabila penyatuan harga bermula dalam arah aliran menaik. Harga kemudiannya berundur ke titik 2 sebelum naik ke titik 3, iaitu pada tahap yang lebih rendah daripada titik 1. Kami tidak boleh melukis garisan arah aliran atas sehingga harga turun dari titik 3.

Segi tiga menaik

Segi tiga menaik dibentuk oleh persilangan garisan arah aliran menaik dengan garisan lurus mengikut arah mendatar. Ini bermakna pembeli dalam pasaran jauh lebih padat daripada penjual. Corak ini dianggap sebagai corak menaik dan diselesaikan dengan menembusi had atas.

Corak segi tiga menaik selesai apabila harga boleh ditutup di atas garisan arah aliran atas. Penembusan ini disertakan dengan volum dagangan berketumpatan tinggi dan garisan arah aliran atas bertindak sebagai tahap sokongan.

Sasaran harga minimum ditentukan dengan mengukur panjang tapak segi tiga (dari titik A ke titik B dalam skema di bawah) dan melukis garisan arah aliran dalam arah menaik yang sama dengannya daripada titik penembusan (titik C).

Corak segi tiga menaik biasanya menandakan lanjutan. Tetapi dalam sesetengah kes, ini menunjukkan pembalikan apabila corak sedemikian muncul pada penghujung arah aliran menurun. Penembusan daripada corak ini selalunya menandakan arah aliran menaik, terutamanya apabila garisan arah aliran atas segi tiga ditembusi.

Segi tiga menurun

Segi tiga menurun ialah corak bearis, iaitu bertentangan dengan segi tiga menaik. Corak ini dibentuk oleh persilangan garisan arah aliran menurun dengan garisan arah aliran mendatar yang lebih rendah. Segi tiga menunjukkan ketumpatan penjual yang lebih tinggi daripada pembeli dan menandakan kemungkinan akan berlakunya penurunan harga jika garisan arah aliran yang lebih rendah ditembusi dan harga ditutup di bawahnya dengan volum dagangan yang tinggi. Kaedah pengukuran untuk corak ini adalah sama seperti segi tiga menaik.

Sama seperti segi tiga menaik, segi tiga menurun juga boleh bertindak sebagai corak pembalikan sekiranya muncul di bahagian atas harga. Jika harga penutup jatuh di bawah garisan arah aliran mendatar, ini menandakan pembalikan arah aliran terdahulu dan permulaan arah aliran menurun.

Kepentingan volum dagangan

Apabila turun naik harga menjadi terhad dalam corak segi tiga, volum dagangan cenderung untuk berkurangan (setepatnya, ini berlaku dalam semua corak harga lanjutan.) Apabila garisan arah aliran yang melengkapkan corak itu ditembusi, volum dagangan mesti meningkat dengan ketara.

Pergerakan pembetulan harga selepas penembusan disertai dengan volum dagangan berketumpatan rendah dan ketumpatan ini meningkat semula apabila harga meneruskan arah aliran.

Ikuti kami di media sosial (Telegram, Instagram, Facebook) untuk mendapatkan kemas kini Headway dengan segera.