Log masuk

Bagaimanakah Boikot Jenama Mempengaruhi Nilai Sesebuah Syarikat?

Adam Lienhard
Adam
Lienhard
Bagaimanakah Boikot Jenama Mempengaruhi Nilai Sesebuah Syarikat?

Boikot jenama adalah usaha yang dikelola oleh pengguna, aktivis, atau kumpulan kepentingan untuk mengelak daripada membeli produk atau perkhidmatan daripada syarikat atau jenama tertentu. Boikot ini seringkali dikendalikan atas sebab sosial, politik, atau etika. Mari ketahui sama ada boikot berkesan dan cara gerakan ini memberi impak kepada saham syarikat.

Apakah gerakan boikot jenama?

Boikot adalah usaha kolektif dan teratur untuk menahan diri daripada menggunakan, membeli, atau berurusan dengan syarikat, produk atau perkhidmatan untuk menyuarakan protes dan menggesa perubahan. Ini adalah satu bentuk aktivis pengguna, iaitu individu dan kumpulan menggunakan kuasa beli mereka untuk mempengaruhi tingkah laku korporat, dasar sosial, atau peraturan kerajaan.

Boikot boleh dimulakan oleh pengguna, kumpulan advokasi, organisasi politik, atau bahkan kerajaan, dengan tujuan untuk memberikan tekanan ekonomi ke atas entiti yang disasarkan.

Adakah gerakan boikot jenama berkesan?

Boikot sememangnya memberikan kesan kepada prestasi saham syarikat, walaupun kesan tersebut berbeza berdasarkan beberapa faktor. Mari terokai cara boikot mempengaruhi saham.

  1. Persepsi dan reputasi

Boikot menunjukkan ketidakpuasan terhadap amalan, dasar, atau tingkah laku sesebuah syarikat. Persepsi negatif ini boleh menyebabkan pelabur mempertikaikan prospek jangka panjang syarikat.

Boikot secara besar-besaran sering menarik perhatian media, sekali gus dapat menguatkan impak gerakan ini. Kajian menunjukkan bahawa boikot yang paling berjaya adalah yang menghasilkan liputan media paling banyak, terutamanya bagi syarikat-syarikat yang terkenal. Boikot yang menarik perhatian ini boleh menyebabkan penurunan yang lebih besar dalam harga saham dan lebih berkemungkinan menggesa syarikat untuk mengubah tingkah laku.

  1. Jualan dan pendapatan

Dengan tidak disangka-sangka, boikot biasanya tidak memberikan kesan yang ketara terhadap hasil. Pengguna cenderung untuk melakukan amalan biasa, dan bahkan mereka yang secara terbuka menolak sesebuah syarikat mungkin akan terus membeli produk-produknya.

Walau bagaimanapun, sementara boikot mungkin tidak memberi kesan yang ketara kepada keseluruhan pendapatan jualan syarikat, hal ini boleh memberi kesan kepada produk atau perkhidmatan tertentu. Boikot yang berterusan mampu menghakis kesetiaan pelanggan secara berperingkat-peringkat, sekali gus mempengaruhi jualan dari semasa ke semasa.

  1. Ketaktentuan harga saham

Semasa gerakan boikot yang aktif, harga saham syarikat mungkin mengalami peningkatan dari segi ketaktentuan. Berita negatif boleh menyebabkan penurunan yang mendadak. Dan jika gerakan boikot berterusan, prestasi saham jangka panjang mungkin terjejas disebabkan kerosakan reputasi.

  1. Sentimen pelabur

Pelabur bertindak mengikut emosi terhadap berita boikot. Ketakutan, ketidakpastian, dan keraguan boleh menurunkan harga saham. Kecenderungan kelakuan (seperti kelakuan sekawan) boleh menyebabkan pergerakan harga saham semasa gerakan boikot bertambah buruk.

Contoh-contoh boikot jenama

  • Boikot Nestlé (1977-Kini). Boikot ini dilancarkan oleh Gabungan Tindakan Formula Bayi atas pemasaran formula bayi yang tidak beretika di negara membangun, yang dikaitkan dengan kematian bayi yang meningkat. Gerakan boikot ini meningkatkan kesedaran global tentang tanggungjawab korporat dan membawa kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia untuk menggubal Kod Pemasaran Antarabangsa Susu Gantian Ibu.
  • Boikot BP (2010). Selepas tumpahan minyak Deepwater Horizon, pengguna dan kumpulan alam sekitar melaksanakan gerakan boikot terhadap produk-produk BP. Walaupun sukar untuk mengukur kesan kewangan langsung, gerakan boikot secara ketara mencemarkan jenama BP dan mendorong syarikat itu untuk melabur secara besar-besaran dalam usaha membaiki imejnya dan inisiatif alam sekitar.

Contoh-contoh terdahulu ini menerangkan skop dan hasil yang berbeza akibat daripada gerakan boikot. Perkara ini boleh menyebabkan perubahan sosial yang ketara, pembaharuan penguatkuasaan, dan peralihan dalam dasar-dasar korporat, sekali gus menyerlahkan gerakan boikot ini sebagai bentuk protes dan advokasi yang berkesan.

Ikuti kami di Telegram, Instagram dan Facebook untuk mendapatkan kemas kini Headway serta-merta.