Log masuk

Apakah Kesan Ekonomi bagi Kemungkiran terhadap AS?

Adam Lienhard
Adam
Lienhard
Apakah Kesan Ekonomi bagi Kemungkiran terhadap AS?

Berikutan tarikh X yang semakin hampir, Amerika Syarikat menghadapi situasi kritis yang memungkinkan mereka tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk melunaskan bil tertunggak. Ahli ekonomi dan ahli politik kedua-duanya bersetuju bahawa kemungkiran hutang akan mendatangkan bencana.

Apakah itu kemungkiran?

Walaupun kedua-dua pihak menggunakan istilah “mungkir”, tafsiran mereka berbeza. Perbezaan ini penting kerana Jabatan Perbendaharaan mempunyai takrifan tersendiri mengenai kemungkiran. Akibatnya, apabila pegawai Perbendaharaan membincangkan kesan kemungkiran yang merumitkan, mereka tidak merujuk kepada isu sama yang menimbulkan kebimbangan dalam kalangan jurubank dan ahli ekonomi.

Pakar kewangan mentakrifkan kemungkiran sebagai kegagalan penghutang untuk menjelaskan bayaran pembiayaan hutang mereka, mengakibatkan pembayaran pokok dan faedah tertangguh bagi pemegang bon Perbendaharaan. Walau bagaimanapun, Perbendaharaan mempunyai takrifan kemungkiran yang lebih luas, iaitu sebarang pembayaran lewat – disebabkan kerajaan kehabisan dana – dianggap sebagai kemungkiran, termasuk bil belum lunas.

Mungkir atau tidak mungkir?

Amerika Syarikat berpotensi untuk mungkir, menurut takrifan Perbendaharaan, namun mungkin tidak seburuk yang dipercayai ramai. Pada asasnya, perbelanjaan kerajaan boleh dibahagikan kepada dua kategori: pembiayaan hutang dan semua perbelanjaan lain.

Harap maklum bahawa jika pembayaran lewat timbul akibat penghentian sementara operasi kerajaan atau jurang pembiayaan, iaitu seumpama situasi pada tahun 2013, hal ini tidak akan dianggap mungkir dari sudut pandangan Perbendaharaan. Seperti yang dinyatakan oleh Janet Yellen, Amerika Syarikat tidak mengalami kemungkiran sejak tahun 1789.

Dalam pasaran kewangan, terdapat pepatah yang menyifatkan bahawa pembayaran lewat bukan masalah berat, tanpa mengira apa jua sebab. Sama ada puncanya adalah penolakan hutang, dana tidak mencukupi, atau sekatan pembayaran oleh hakim, hal ini tidak dianggap mustahak.

Apakah yang berlaku pada masa lalu?

Perbendaharaan mesti memahami rasional di sebalik sebarang peristiwa tertentu. Pada tahun 2013, senarai gaji persekutuan telah terganggu, tetapi perlu ditekankan bahawa peristiwa ini tidak dianggap mungkir oleh pasaran atau ahli politik. Pasaran yakin bahawa ini tidak disifatkan sebagai kemungkiran kerana pembiayaan hutang bon Perbendaharaan kekal tidak terganggu, manakala ahli politik mengaitkan pembayaran lewat itu sebagai “kelewatan dalam peruntukan” dan bukannya kegagalan mengumpul dana penting.

Situasi adalah seperti yang berikut: Sewaktu krisis siling hutang terdahulu, Perbendaharaan telah merangka strategi untuk menjamin pembayaran bon Perbendaharaan tepat pada masanya, walaupun dengan mengorbankan pembayaran kerajaan yang lain. Namun begitu, Setiausaha Perbendaharaan Yellen memberikan kenyataan dengan jelas pada hari Jumaat bahawa rancangan ini tidak pernah dikemukakan kepada presiden atau diluluskan. Beliau turut menegaskan bahawa mengutamakan pembayaran tertentu adalah tidak praktikal.

Akibat daripada kemungkiran

Adalah sangat mustahak bahawa sikap berhemah diamalkan semasa mengendalikan situasi tersebut. Mendedahkan rancangan keutamaan Perbendaharaan mampu mendorong Republikan untuk melampaui tarikh-x secara semberono dan membuktikan kebenaran dakwaan tidak berasas bekas Presiden Trump bahawa kemungkiran tidak akan membawa kesan yang ketara.

Secara keseluruhannya, penggunaan dan pematuhan terhadap keutamaan akan mengurangkan kesan jangka pendek ke atas pasaran kewangan dan ekonomi global, kerana pembayaran lewat akan sama dengan yang situasi yang dialami pada tahun 2013. Kemungkiran hutang yang lengkap, dari segi lain, akan mendatangkan akibat yang jauh lebih teruk.

Kebolehlaksanaan keutamaan dan sama ada Presiden Biden akan memilih untuk membuat pelaksanaan ataupun tidak masih belum diketahui sehingga tarikh X.

Ikuti kami di media sosial (Telegram, Instagram, Facebook) untuk mendapatkan kemas kini Headway dengan segera.