Log masuk

5 Perkara yang Menjejaskan Dolar sebagai Komoditi Global

Adam Lienhard
Adam
Lienhard
5 Perkara yang Menjejaskan Dolar sebagai Komoditi Global

Dolar AS telah menjadi mata wang rizab utama dunia sejak Perang Dunia II. Mata wang ini memainkan peranan penting dalam perdagangan global. Walau bagaimanapun, bahagian rizab pertukaran asing global dolar telah menurun, jatuh di bawah 60% pada S4 2021 disebabkan penggunaan mata wang alternatif yang semakin meningkat. Ketahui lebih lanjut tentang faktor yang boleh mempengaruhi hegemoni dolar AS pada tahun mendatang.

Yuan menjadi popular

Sistem monetari antarabangsa yang telah lama dikuasai oleh dolar AS, kini mengalami perubahan. Penggunaan yuan China terus meningkat dalam perdagangan global. Patut diberi perhatian bahawa negara-negara seperti Rusia dan Iran, yang dikenakan sekatan, telah menunjukkan minat untuk menerima pakai yuan sebagai mata wang alternatif boleh laksana bagi perdagangan dan bukannya dolar.

Emas adalah pelindung harta

Minat yang semakin meningkat terhadap emas sebagai aset alternatif di negara-negara membangun mencerminkan peralihan dalam strategi rizab monetari global. Sebelum ini, negara bergantung terutamanya pada dolar AS dan mata wang utama lain sebagai aset untuk rizab asing, namun baru-baru ini, negara telah mula mencari alternatif.

Emas berfungsi sebagai simpanan nilai rizab asing ketika kemerosotan ekonomi dan inflasi. Penggunaan emas sebagai aset alternatif bergantung pada beberapa faktor, termasuk kestabilan politik dan ekonomi, inflasi dan hasil bon, kadar pertukaran serta turun naik mata wang.

Negara-negara membangun (seperti Rusia, China dan India) baru-baru ini telah mula meningkatkan rizab emas mereka. Cara ini dapat membantu negara mempelbagaikan portfolio mereka dan mengurangkan pergantungan kepada dolar AS dan mata wang utama lain.

Emas turut digunakan untuk menyokong mata wang tempatan di negara yang sedang pesat membangun, terutamanya dalam kes kejatuhan nilai mata wang, seperti yang berlaku di beberapa negara lain seperti Zimbabwe.

Euro semakin meningkat untuk urus niaga antarabangsa

Tahukah anda bahawa euro adalah mata wang kedua yang paling banyak digunakan di dunia selepas dolar untuk pembayaran antarabangsa dan urus niaga kewangan? Mata wang ini berada pada kedudukan penting dalam sistem kewangan global, iaitu mewakili sekitar 20% daripada mata wang asing global dan hutang antarabangsa.

Kesatuan Eropah sedang berusaha untuk menggalakkan peranan euro dengan meningkatkan infrastrukturnya dan menggesa syarikat menggunakan mata wang ini dalam urusan perdagangan antarabangsa serta pelaburan asing. Pakar berpendapat bahawa euro mampu memperoleh manfaat daripada ketegangan perdagangan antara AS dengan China, lantaran membolehkan firma Eropah memilih euro berbanding dolar semasa menjalankan perniagaan dengan China.

Pergantungan yang semakin meningkat pada mata wang kripto

Peranan mata wang kripto dalam mencabar kedudukan dolar AS sebagai mata wang dominan dunia semakin berkembang. Antara kesemua aset digital, Bitcoin berjaya meraih perhatian yang ketara sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Teknologi terpencar dan berasaskan blok rantai, mata wang kripto menawarkan beberapa kelebihan termasuk privasi, keselamatan dan ketelusan. Mata wang ini boleh digunakan untuk pembayaran dalam talian dan pemindahan wang tanpa perlu bergantung pada bank tradisional atau institusi kewangan, yang menjadikan alat ini berharga bagi perdagangan antarabangsa berserta pilihan penyelesaian yang pantas dan selamat.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kita telah menyaksikan beberapa negara membangun secara rasmi menerima pakai mata wang kripto sebagai wang sah, seperti El Salvador dan Republik Afrika Tengah. El Salvador menjadikan Bitcoin sebagai wang sah pada tahun 2021 yang membolehkan mata wang ini digunakan untuk semua urus niaga komersial dan pindahan wang. Kerajaan telah menambah Bitcoin pada rizab mata wang asingnya.

Kenaikan harga mata wang kripto adalah penunjuk jelas tentang peningkatan keyakinan dan daya saing mata wang digital ini. Penglibatan syarikat besar dan pelabur dijangka akan menggalakkan lagi penerimaan dan pertumbuhan mata wang kripto, sekali gus memupuk persaingan yang lebih sengit dalam pasaran.

Pengaruh negara BRICS yang semakin luas

Kumpulan BRICS, yang terdiri daripada Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan, menyokong penggunaan mata wang kongsi. Cadangan itu dikemukakan oleh Presiden Rusia Vladimir Putin pada Jun 2022 dan sejak itu meraih sokongan semasa perbincangan mengenai usaha mengurangkan penguasaan dolar AS.

Mewujudkan mata wang kongsi dalam negara BRICS akan meningkatkan hubungan perdagangan dan pelaburan di samping mengurangkan pergantungan terhadap dolar AS. Langkah ini juga akan meningkatkan pengaruh mereka dalam rundingan antarabangsa.

Mata wang BRICS sudah pasti akan disokong oleh rizab emas dan komoditi negara anggotanya, sekali gus mewujudkan mata wang yang luar biasa stabilnya dan boleh dipercayai. Inisiatif ini menandakan keazaman mereka untuk membentuk semula landskap ekonomi global.

Ikuti kami di media sosial (Telegram, Instagram, Facebook) untuk mendapatkan kemas kini Headway dengan segera.