Log masuk

Jenis Akaun di Headway: Akaun Yang Manakah Hendak Dipilih?

Adam Lienhard
Adam
Lienhard
Jenis Akaun di Headway: Akaun Yang Manakah Hendak Dipilih?

Di Headway, kami menyediakan pelbagai akaun dagangan. Kesemua jenis akaun sesuai dengan pedagang yang mempunyai pengalaman, keperluan dan keupayaan yang berbeza. Baca ulasan pantas untuk memahami jenis akaun yang akan menjadi pilihan terbaik untuk anda.

Akaun demo

Kami menyedari kepentingan menguji perkara baharu terlebih dahulu dan kemudian barulah membuat keputusan termaklum. Akaun demo memenuhi segala keperluan untuk pemula dagangan dan individu yang baru menggunakan Headway.

Pada akaun demo, anda memiliki semua ciri akaun sebenar. Hanya satu saja yang berbeza: Anda boleh memilih deposit maya semasa membuka akaun. Di Ruang Peribadi, anda memasukkan jumlah sendiri dan berdagang dalam MetaTrader seolah-olah itu adalah wang sebenar. Anda menimba pengalaman tanpa melabur apa-apa.

3 jenis akaun sebenar

Pengguna yang mengetahui perihal perdagangan dan telah mencuba perkhidmatan kami dalam mod demo, mungkin akan membuka akaun sebenar. Kami menawarkan tiga pilihan yang direka dengan baik:

Akaun sen. Sesuai untuk pemula untuk bermula dengan deposit minimum sebanyak $1. Pada akaun ini, anda mendagangkan lot mikro yang 100 kali lebih kecil daripada lot biasa. Anda boleh memilih antara 37 instrumen dagangan, termasuk mata wang, mata wang kripto, logam dan tenaga.

Akaun standard. Pilihan yang sesuai untuk amatur yang berkeyakinan. Deposit sebanyak $10 meluaskan peluang dagangan secara mendadak: Terdapat hingga 311 instrumen yang tersedia untuk dagangan.

Akaun pro. Akaun yang menjadi pilihan pakar. Dengan deposit permulaan sebanyak $100 anda mendapat syarat dagangan profesional: spread ketat daripada 0.0 pip, pelaksanaan pasaran dari 0.16 saat dan tiada sebut harga semula.

Keumpilan tanpa had tersedia pada semua akaun sebenar di Headway.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang akaun sebenar dan membuat perbandingan, pergi ke halaman akaun.

Dompet tempatan untuk ketelusan urus niaga

Di Headway, deposit tersedia dalam dolar AS, euro dan mata wang tempatan (IDR, JPY, THB). Anda boleh menambah nilai akaun dagangan atau dompet anda terlebih dahulu.

Dompet ialah penimbal yang memastikan wang anda selamat. Apabila anda mendepositkan dompet, anda pasti dana anda tidak terdedah kepada kedudukan terbuka pada akaun dagangan anda.

Dengan dompet, anda mengurus pengendalian wang anda dan memindahkan dana antara akaun dalam mata wang tempatan anda. Dengan cara itu, anda mempunyai kawalan penuh ke atas deposit anda semasa berdagang dan menyaksikan aliran tunai yang telus.

Akaun (Bebas Swap) berteraskan prinsip Islam

Kami menghormati kepercayaan semua klien kami dan ingin menyediakan dagangan kepada semua orang yang berminat. Dengan akaun Berteraskan Prinsip Islam, anda berdagang dan tidak perlu membayar swap atau faedah semalaman. Semua akaun Headway anda bebas swap secara automatik. 

Jika anda perlu mendayakan ciri ini, hubungi Keprihatinan Pelanggan kami. Berhubung melalui sembang langsung di laman web atau di [email protected] dan kami akan mematikan bebas swap untuk anda.

Mari bermula!

Kami berharap pecahan akaun membantu anda memikirkan kehendak peribadi anda dalam perdagangan. Sudah tiba masanya untuk mempraktikkan maklumat ini! Daftar masuk ke Ruang Peribadi dan buka akaun. Mula berdagang dengan syarat yang mempromosikan usaha anda.

Ikuti kami di media sosial (Telegram, Instagram, Facebook) untuk mendapatkan kemas kini Headway dengan segera.