Log masuk

Headway Menghadiahkan Perkakasan Baharu kepada Pekerja Gigih

Adam Lienhard
Adam
Lienhard
Headway Menghadiahkan Perkakasan Baharu kepada Pekerja Gigih

Hajat seorang pemimpi baharu direalisasikan dalam pusingan Dreamway bulan Januari. Pemenang keenam kami ialah… Nyabende Winy dari Kenya! Mari kita selami kisahnya dalam laporan yang berikut.

Cara Nyabende menyertai Dreamway

Pada Januari 2024, Nyabende mengikuti peraturan-peraturan mudah Dreamway dan meninggalkan komen di bawah siaran Facebook kami. Bakal pemenang menulis,

“Saya selalu bermimpi memiliki sebuah komputer riba agar saya boleh menganalisis pasaran dengan mudah dan membuat perdagangan yang baik, dengan #headway saya tahu suatu [hari] nanti impian saya akan termakbul!”

Seperti yang kita ketahui sekarang, Headway memilih komen Nyabende dan membantunya mendapatkan segala yang dia perlukan untuk menjadi pedagang yang berjaya.

Kisah Nyabende

Nyabende tinggal di Mombasa, bandaraya tertua dan kedua terbesar di Kenya. Dia bekerja sebagai pemandu kereta api di sebuah landasan kereta api moden yang menghubungkan Mombasa dengan ibu negara Nairobi. Nyabende memandu kereta api dari Nairobi ke Mombasa dengan setiap perjalanan memakan masa kira-kira 6 jam.

Dengan Asus Expertbook baharuya, Nyabende ingin meluangkan lebih banyak masa dengan berdagang. Kami mendoakan agar usahanya membuahkan hasil dan berharap beliau akan terus menggapai semua impian!

Tonton video penuh

Nyabende telah berkongsi kisahnya dengan kami dalam sebuah video. Tonton untuk mengetahui lebih lanjut tentang pemenang Dreamway yang baharu dan ketahui rancangannya yang akan datang memandangkan impiannya telah tercapai.

Dreamway tidak berhenti di sini. Jadi kongsikan impian anda! Bulan ini, pusingan Dreamway oleh Headway menjanjikan sesuatu yang istimewa, jadi ayuh ikut serta dengan meninggalkan komen di Facebook.