Log masuk

Copytrade Kini Berada di Headway

Adam Lienhard
Adam
Lienhard
Copytrade Kini Berada di Headway

Bersiap sedia untuk Copytrade, satu ciri yang menerima permintaan tinggi yang anda semua nanti-nantikan. Sama ada anda merupakan seorang pemula atau profesional, anda kini boleh menyediakan sumber pendapatan pasif serba baharu dan menjana lebih banyak wang daripada perdagangan dengan Headway.

Apakah Copytrade dan mengapakah ciri ini penting?

Perdagangan salinan adalah satu bentuk perdagangan sosial yang membolehkan pelabur amatur untuk menyalin strategi perdagangan milik pedagang yang lebih berpengalaman. Ciri ini membantu pedagang yang tidak berpengalaman memperoleh keuntungan daripada usaha menggunakan kuasa komuniti perdagangan.

Headway menawarkan banyak faedah kepada pelabur yang memutuskan untuk menyertai Copytrade:

Mendatangkan untung

Pelajari statistik prestasi terperinci kami dan pilih strategi yang paling menguntungkan untuk disalin. Mula menyalin dengan hanya $1 dan biarkan wang anda bekerja untuk anda.

Pelaksanaan mudah

Dengan hanya beberapa klik, cipta akaun baharu yang disesuaikan dengan strategi tertentu atau gunakan akaun yang sedia ada. Ubah tetapan salinan anda mengikut kesukaan anda.

Mudah

Anda mempunyai kawalan sepenuhnya ke atas perdagangan salinan anda. Pergi ke akaun MT4 atau MT5 anda dan urus mengikut kesukaan anda. Ikuti strategi kegemaran anda dengan berbilang akaun yang berbeza.

Copytrade untuk pelabur: Ketelusan dan kefleksibelan

Pelabur Copytrade mempunyai peluang unik untuk belajar daripada pedagang yang lebih berpengetahuan dan menjana wang.

Berikut adalah cara anda boleh memulakan perdagangan salinan dengan Headway:

  1. Buka akaun baharu atau gunakan akaun yang sedia ada. Anda boleh memilih sebarang tetapan akaun yang anda mahu.
  2. Semak baki akaun anda. Pastikan anda mempunyai dana yang mencukupi untuk membayar komisen bagi menyalin strategi orang lain.
  3. Pilih strategi untuk diikuti. Cari strategi perdagangan salinan sendiri atau gunakan AI kami untuk mencari strategi yang paling sesuai dengan anda.
  4. Sesuaikan tetapan salinan anda. Laraskan penyesuaian terhadap nisbah salinan anda, keumpilan, tahap Henti Rugi dan lain-lain selaras dengan matlamat peribadi anda.
  5. Raih Untung. Akaun anda akan secara automatik menyalin perdagangan yang dibuat oleh pemilik strategi. Anda akan dapat melihat rekod penuh bagi semua urus niaga yang dilakukan dalam akaun Copytrade anda.

Anda memilih cara salinan anda dilaksanakan. Sama ada anda ingin mengawal proses atau mengambil pendekatan yang lebih santai, Copytrade Headway bersedia untuk memenuhi keperluan anda. Cuba melabur dalam strategi pertama anda dan lihat semua faedahnya sendiri.

Copytrade untuk pemilik strategi: Memaksimumkan keuntungan anda

Headway menawarkan banyak kelebihan kepada pedagang yang ingin menerbitkan strategi Copytrade mereka:

  • Tetapkan keuntungan anda: Pilih komisen untuk pelabur anda. Pedagang boleh menetapkan komisen tanpa had untuk strategi mereka dan membuat perubahan pada bila-bila masa.
  • Sesuaikan strategi anda: Pilih sebarang tetapan yang anda mahu. Laraskan saiz keumpilan anda, jenis akaun, instrumen yang didagangkan dan pilihan boleh suai lain untuk mencipta strategi yang ideal.
  • Dapatkan pendedahan: Strategi terbaik akan dipromosikan menerusi papan pendahulu strategi yang dikuasakan AI kami.
  • Tarik lebih ramai pelabur: Malah pengguna yang tidak berdaftar boleh melayari strategi anda dan menyertai anda selepas pendaftaran.

Dengan Copytrade, anda boleh menjadi pemimpin yang berkarisma dalam perdagangan. Kongsi strategi anda dengan orang lain dan terima komisen daripada kejayaan mereka.

Mulakan perdagangan salinan sekarang!

Ketahui lebih lanjut mengenai perdagangan salinan dalam gambaran keseluruhan terperinci kami. Sertai Copytrade Headway dan peroleh lebih banyak keuntungan. Mula sekarang!

Jika anda ada sebarang soalan, hubungi Keprihatinan Pelanggan kami dalam sembang langsung menerusi laman web atau di [email protected].

Ikuti kami di Telegram, Instagram dan Facebook untuk mendapatkan kemas kini Headway serta-merta.